Tuesday 22 May 2012

Aurat Kisah Kita Bersama

Assalamualaikum,


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Alhamdulillah,sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,sekurang kurangnya dengan memakai tudung.Di sana sini kita dapat saksikan para wanita memakai tudung.Pemakaian tudung ini telah melanda dari orang bawah ke orang atasan,dari pelajar sekolah ke pegawai pegawai kerajaan.Subhanallah.

Namun begitu,pelbagai gaya tudung.Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai,pakai tudung nampak batang lehernya,pakai tudung nampak dadanya.Di masa yang sama,pakai tudung,kain terbelah sini sana,pakai tudung seluar ketat macam sarung nangka.Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakainya.Pelbagai warna dan belbagai fesyen direkanya.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya,dihiasi pula dengan kerongsang broach yang menarik bentuknya.Labuci dijahit warna warni diatasnya.Pelbagai gaya yang dipaparkan didalam majalah mahupun di dada akbar Malaysia.Rekaan itu bukan mengelakkan fitnah,bahkan menambahkan lagi fitnah buat wanita wanita yang cantik wajah ayunya.Walhal pakaian seorang muslimah yang beriman bukan sahaja menutup auratnya,malah menutup maruahnya.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak memperlihatkan bentuk badannya.

Bila wanita bertudung masih lagi berhias hias,maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang.Walaupun bertudung,masih lagi sombong diri.Jalan mendabik dada,merasakan tudung kitalah yang paling cantik,up to date,sofistikated,bergaya,anggun dan high class.Ada orang bertudung,tapi masih lagi lalai menunaikan sembahyang.Ada orang bertudung yang masih mencari boyfriend sebagai peneman.Ada orang bertudung yang masih memegang tangan tangan lelaki yang masih tidak halal baginya.Ada orang bertudung tapi masih lagi giat melakukan dosa dosa seperti berzina dan sebagainya.Keputusannya cukup memberangsangkan,selang dua minggu jumpa bayi didepan tangga,nota tertera 'tolong jaga bayi ini' ditinggalkan disebelah bayi sebagai wasiat kononnya.

Jadi,nilai nilai bertudung sudah dicemari oleh orang orang sebegini.Orang orang yang tidak bertudung pun tersekat sekat ingin berubah bila melihat perkara ini terjadi.Mereka merasakan bertudung atau tidak sama sahaja,lebih baik tidak bertudung,mereka lagi bebas.Itu pendapat yang tidak menggunakan akal dengan sebaiknya.

Lihatlah,betapa besarnya peranan tudung untuk mendakwah orang lain.Selama ini kita tidak sedar,diri kitalah agen bagi Islam.Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tetapi melalui pakaian.Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus membaiki diri dari segi zahir dan batin,dari masa ke semasa,kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.Jangan melihat orang lain,Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak masih lagi teruk, kita tidak bertudung.Aurat itu wajib diutup.Dalam masa yang sama,kita perbaiki diri.Buang perangai suka mengumpat,suka berdengki,ego,riak dan lain lain penyakit hati.

Kalau sudah menutup aurat elak elaklah diri dari suka bertengkar.Hiasi diri dengan keperibadian akhlak seperti isteri isteri nabi..Sentiasa bermanis muka,berfikiran positif dalam apa jua dugaan melanda.Elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Yang di universiti elak elaklah berjalan ke hulu hilir bersama kekasih hati.Serahkan semua itu kepada Allah.Jodoh itu sudah diatur oleh Allah.Bertahun tahun bercinta,akan putus jua.Yakinlah pada pengaturan Allah,Allah sebaik baik perancang untuk hamba hambaNya.

Barulah orang bukan islam terpikat dan hormat.Barulah mereka mengakui "Islam is really beatiful".Oleh itu,wanita,ayuh laksanakan tanggungjawab menjadi agen pengembang agama Islam melalui pakain yang sempurna.Wanita itu indah andai menutup aurat dengan sempurna.Wanita solehah idaman lelaki soleh.

No comments:

Post a Comment