Tuesday 22 May 2012

Aurat Kisah Kita Bersama

Assalamualaikum,


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Alhamdulillah,sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,sekurang kurangnya dengan memakai tudung.Di sana sini kita dapat saksikan para wanita memakai tudung.Pemakaian tudung ini telah melanda dari orang bawah ke orang atasan,dari pelajar sekolah ke pegawai pegawai kerajaan.Subhanallah.

Namun begitu,pelbagai gaya tudung.Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai,pakai tudung nampak batang lehernya,pakai tudung nampak dadanya.Di masa yang sama,pakai tudung,kain terbelah sini sana,pakai tudung seluar ketat macam sarung nangka.Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakainya.Pelbagai warna dan belbagai fesyen direkanya.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya,dihiasi pula dengan kerongsang broach yang menarik bentuknya.Labuci dijahit warna warni diatasnya.Pelbagai gaya yang dipaparkan didalam majalah mahupun di dada akbar Malaysia.Rekaan itu bukan mengelakkan fitnah,bahkan menambahkan lagi fitnah buat wanita wanita yang cantik wajah ayunya.Walhal pakaian seorang muslimah yang beriman bukan sahaja menutup auratnya,malah menutup maruahnya.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak memperlihatkan bentuk badannya.

Bila wanita bertudung masih lagi berhias hias,maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang.Walaupun bertudung,masih lagi sombong diri.Jalan mendabik dada,merasakan tudung kitalah yang paling cantik,up to date,sofistikated,bergaya,anggun dan high class.Ada orang bertudung,tapi masih lagi lalai menunaikan sembahyang.Ada orang bertudung yang masih mencari boyfriend sebagai peneman.Ada orang bertudung yang masih memegang tangan tangan lelaki yang masih tidak halal baginya.Ada orang bertudung tapi masih lagi giat melakukan dosa dosa seperti berzina dan sebagainya.Keputusannya cukup memberangsangkan,selang dua minggu jumpa bayi didepan tangga,nota tertera 'tolong jaga bayi ini' ditinggalkan disebelah bayi sebagai wasiat kononnya.

Jadi,nilai nilai bertudung sudah dicemari oleh orang orang sebegini.Orang orang yang tidak bertudung pun tersekat sekat ingin berubah bila melihat perkara ini terjadi.Mereka merasakan bertudung atau tidak sama sahaja,lebih baik tidak bertudung,mereka lagi bebas.Itu pendapat yang tidak menggunakan akal dengan sebaiknya.

Lihatlah,betapa besarnya peranan tudung untuk mendakwah orang lain.Selama ini kita tidak sedar,diri kitalah agen bagi Islam.Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tetapi melalui pakaian.Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus membaiki diri dari segi zahir dan batin,dari masa ke semasa,kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.Jangan melihat orang lain,Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak masih lagi teruk, kita tidak bertudung.Aurat itu wajib diutup.Dalam masa yang sama,kita perbaiki diri.Buang perangai suka mengumpat,suka berdengki,ego,riak dan lain lain penyakit hati.

Kalau sudah menutup aurat elak elaklah diri dari suka bertengkar.Hiasi diri dengan keperibadian akhlak seperti isteri isteri nabi..Sentiasa bermanis muka,berfikiran positif dalam apa jua dugaan melanda.Elakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Yang di universiti elak elaklah berjalan ke hulu hilir bersama kekasih hati.Serahkan semua itu kepada Allah.Jodoh itu sudah diatur oleh Allah.Bertahun tahun bercinta,akan putus jua.Yakinlah pada pengaturan Allah,Allah sebaik baik perancang untuk hamba hambaNya.

Barulah orang bukan islam terpikat dan hormat.Barulah mereka mengakui "Islam is really beatiful".Oleh itu,wanita,ayuh laksanakan tanggungjawab menjadi agen pengembang agama Islam melalui pakain yang sempurna.Wanita itu indah andai menutup aurat dengan sempurna.Wanita solehah idaman lelaki soleh.

Wednesday 2 May 2012

Mereka Yang Bergelar Manusia

Assalamualaikum,


Bila bercakap soal cinta,remaja remaja sekarang ini advance betul.Yelah,dibekalkan dengan ilmu dari drama Legenda Budak Setan disulami pula dengan kisah kisah cinta  Tv1 Tv2 Tv3,dibanjiri lagi dengan Astro warna,citra,HBO,cinemax, disertakan pula dengan lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan'.Memang sangat advance dan hasilnya pun boleh tahan.Selang seminggu jumpa bayi bawah tangga,selang dua minggu jumpa janin dalam longkang,selang tiga minggu jumpa bayi yang sudah berlalat di depan masjid.Ini semua berpunca daripada perasaan cinta.Cinta itu fitrah,cinta itu juga tidak salah dan bercinta itu juga tidak salah jika ianya halal.Tapi bila cinta itu dipengaruhi dan digenggami dengan nafsu,ianya membuatkan banyak benda jadi salah.Sebenarnya mentaliti kita yang seharusnya diperbetulkan sejak kecil lagi.Tak perlu saya menuding jari menyalahkan pihak itu,mengatakan pihak ini,cukuplah saya katakan pembawakan dan peredaran persekitaran ini sebenarnya membuatkan ramai yang tersasar dari jalan yang betul.Saya pernah tersasar dan sehingga kini I'm trying to keep myself on the right path.Alhamdulillah semuanya masih berjalan dengan baik.

Ramai wanita hari ini sudah memiliki facebook masing masing.Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya.Lebih membahayakan ramai lelaki yang menontonnya,sebahagiannya memberi pujian,malah ada juga yang bergurau senda dan membuat lamaran 'nafsu'.Empunya badan yang dipuji bukan main bangga.Ada juga yang tak boleh lelapkan mata.Seakan akan bangga dengan kecantikan yang dipratontonkan di hadapan dunia.Tak salah jika ingin cantik cantik,pastikan ianya tidak berlebih lebihan(tabarruj).Jangan pula dijadikan facebook itu medan pertandingan.Masing masing berlumba seolah olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar.Itu sudah salah.Ini tidak,tanpa segan silu meletakkan gambar masing masing dengan pelbagai aksi.Sekejap pakai tudung,sekejap hilang tudung,apa ingat masuk neraka itu kejap kejap ke?.Ada yang lidah dok terjelir,ada yang tembamkan pipi seolah olah dia lah paling cute.Ada juga yang muncungkan bibir,mungkin kelihatan seperti Angelina Jolie.Apabila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian.Rata rata menjawab sekadar berkongsi kegembiraan dan pengalaman.Itu jawapan gila.

Sehingga kini saya masih lagi mencari Halawatul Iman itu sendiri.Adakah menyintai seseorang itu kerana Allah bermaksud kita rajin bersolat,tidak buat maksiat,berdoa memohon restu dari Allah antara hubungan kita dan si dia kekal atau bercinta mengikut panduan hawa nafsu?Bunyi macam sama,tapi maksudnya lain.Saya ada juga minat kat Shila Amzah,Heliza,tapi saya tak berani nak luahkan.Cinta itu fitrah.Perasaan yang bukan saya duga,bukan juga saya paksa,mana mungkin saya boleh menolaknya.Sudah menjadi lumrah wanita minat ke lelaki,lekaki minat ke perempuan.Macam sepasang selipar,saling memerlukan.Begitu juga dengan bunga,ianya tidak akan mekar jika jejaka jejaka handsome kumbang bertanduk itu tidak singgah menghisap madunya.Tak salah nak bercinta.Islam tidak melarang untuk bercinta.Tetapi pastikan ianya halal,baru barakah isteri solehah.
Cintakan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati,cintakan dunia,dunia akan pergi,cintakan Ilahi,cinta akan abadi ^_^

Saya Memang Teruk Di Mata Kalian

Assalamualaikum,

Andai saya sudah tiada,mungkin ada yang terasa,mungkin ada yang mencari dimana,mungkin ada yang kecewa atau ada juga yang ketawa.Andai saya sudah tiada,mungkin ada yang berasa lega,mungkin Al-fatihah hanya untuk hari pertama,atau mungkin doa sudah tidak dibaca.Andai saya sudah tiada,mungkin ada yang hilang kasih,mungkin ada yang rindu sayang,akan ada juga yang duduk terkenang,mungkin juga ada yang menanti,atau  tiada siapa yang ambil peduli.Andai saya sudah tiada didepan mata,mungkin kawan kawan ada pengganti yang lain,ayah mungkin ada anak yang lain,atau ada tiada saya bukan penting untuk mereka semua.Andai saya sudah tiada,disana mungkin bahagia,disana mungkin derita,disana mungkin ketawa,mungkin juga gembira atau semua buat buat macam tak ada apa apa.


Nama saya Muhammad Nadzrul Hadi Bin Mohd Noor,29 Mei 1993 tarikh bersejarah saya dilahirkan.Saat ini umur saya nak masuk 19 tahun,suatu angka yang masih dianggap muda pada umumnya,tetapi nak atau tidak saya harus menerima bahawa saya semakin melangkah ke arah tua.Semakin itu ertinya semakin dekat kita dengan Maha Pencipta.Diharap dengan peningkatan umur saya ini dapat menambahkan lagi keimanan saya dan rasa cinta terhadap ilmu agama.Insyaallah.


Dah 19 tahun saya dilahirkan di dunia,but honestly i feel like i still don't achieve that can make my parent proud.We never know what will happen next.Setiap gerak laku,setiap lontaran kata,setiap lengguk bahasa,belum tentu menggambarkan apa yang akan terjadi hari esok.Jangan nak pandai pandai kamu semua tahu apa akan jadi hari esok.If that was a fact-based prediction,saya boleh terima.Tetapi kalau berkaitan ketentuan Tuhan,jangan buat buat pandai.Saya rasa,saya terlalu banyak mendatangkan masalah buat keluarga,kawan kawan dan juga orang orang berdekatan.Bila terfikir begitu,patutlah ramai kat luar sana bunuh diri disebabkan tekanan perasaan.Tapi bukan maksud saya akan mengalah dan buat seperti yang orang lain buat.Itu tindakan tak masuk akal.


I know that i'm not good person,and i know that i can be a better person in the future.Saya sedar kesilapan saya.Tuhan itu Maha Kaya,Maha Pengampun Dosa.Dia beri peluang untuk saya perbaiki hidup saya.Baru saya nampak,saya berada dalam sebuah institusi keluarga yang cukup lengkap.Kata orang,dalam setandan pisang itu,tidak semuanya elok.I feel i'm the rotten one.Dalam diam,saya tersangat sangat syukur kepada Allah dengan kurniaanNya yang tidak terhingga.Saya dah nampak bagaimana orang yang kurang pandai menghadapi masalah,orang yang buat buat pandai cuba selesaikan masalah,orang yang berlagak pandai cuba nak jadi hero selesaikan masalah,tapi jadi makin bertambah masalah.

Ingat,segala apa yang kita buat hari ini belum tentu kita akan tahu apa yang akan terjadi hari esok,dan itu bukan sebab untuk kita bergoyang kaki dan berpeluk tubuh.Hidup harus diteruskan,whether you like it or not because what will happen tomorrow,we will never know. ^_^

Tuesday 1 May 2012

Calon Isteri

Assalamualaikum,


Oleh sebab hati saya berbunga hari ini,jadi saya nak tulis berkenaan tajuk ini.Senakal manapun seseorang lelaki atau seseorang wanita itu,pasti mereka mendambakan yang soleh juga solehah untuk pasangan hidup mereka suatu hari nanti.Semua orang nak kahwin.Saya pun nak kahwin.Sudah pasti mahukan yang terbaik untuk pasangan hidup masing masing.Teringat masa kecil kecil,entah mengapa saya sering memikirkan berkahwin dengan seseorang yang manja serta cantik.Bila teringat,pasti saya akan tersenyum kambing.Budak budak kan masa itu.


Entri kali ini saya rasa macam jambu.Kalau boleh saya nak jadikan background blog saya ini warna pink,dihiasi dengan bunga bungaan,disulami dengan kicauan burung menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru'.Memang boleh jadi,cuma malas sikit.Tetapi entri kali ini tiada kena mengena dengan status peribadi saya yang masih bujang senang tapi belum dibuka untuk mana mana pendaftaran yang berkenan.Kalau saya nak senaraikan ciri ciri calon isteri yang saya impikan,mungkin tak habis sampai ke esok.Siapa tak nak calon isteri yang 'perfect'.Jadi saya senaraikan mana yang penting sahaja.


Pertama sekali,kita imbas hadis Nabi berkenaan dengan pemilihan calon isteri.Nabi pesan,"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara;kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung".Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.Batas batas syariat dipegang serta dipelihara dalam hidupnya.Ini barulah calon isteri yang hebat.Wanita yang mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki.Dia tidak akan melakukan perkara yang bertentang dengan syariat.Memang untunglah saya kalau dapat calon isteri sebegini.Ceewah.


Kedua ialah pandai menjaga kecantikannya.Semua lelaki nak calon isteri yang cantik.Wanita dengan kecantikan memang sukar dipisahkan.Itu lumrah.Mereka akan kelihatan cantik jika penampilan diri dijaga,auratnya ditutup daripada pandangan jejaka,insyaAllah dijamin syurga.Wanita begini mudah didapati,tapi sukar dimiliki.Mereka ibarat duri yang tajam.Awas,jangan mengorat,itu maksiat,jika mahu sila dapatkan secara terhormat.Haa,inilah calon isteri yang patut kita cari.Senang dijumpai,tapi sukar dimiliki,ingat ye nadzrul hadi ^_^


Terakhir sekali berakhlak mulia seperti puteri puteri nabi..Pandai menjaga hati suami,pandai menjaga nadzrul hadi.haha.Pandai mengaji,pandai menjadi seorang suri,pandai mengemas baju dalam almari,pandai memasak mee kari,pandai manja manja dengan suami.Senang cerita semua apa yang diberi,pandai dia selesaikan.Haa macam ini lah calon isteri yang perlu dicari.Tak susah pun nak cari calon isteri sebegini,banyakkan berdoa pada Ilahi.Insyaallah,mudah mudahan Allah perkenankan.

Saya mencintai orang orang soleh solehah,meskipun saya bukan sebahagian dari mereka.Saya sangat benci orang orang yang bermaksiat,meskipun tanpa sedar,saya sebahagian dari mereka.

Tuesday 24 April 2012

Chelsea Panggil Anda

Assalamualaikum,

Tahniah untuk pasukan Chelsea.Walaupun bermain dengan 10 orang pemain,namun sedikit pun tidak mematah semangat untuk terus berjuang sehingga berjaya menewaskan Barcelona.Tahniah!Saya kagum dengan semangat juang yang ditonjolkan oleh skuad Chelsea.Walaupun tanpa captain John Terry,walaupun tanpa Bosingwa,namun jurulatih pasukan Roberto De Matteo bijak merancang strategi.Mastermind kita ini berpegang kepada strategi stand-off + counter.

Yang saya tahu Chelsea saya hebat.Nak penalti,kami bagi penalti,nak buang pemain,kami bagi buang pemain,nak refree berat sebelah,kami bagi refree berat sebelah.Akhirnya total football tewas kepada taktikal football.Terima kasih kepada Remires.Toyol pembakar semangat untuk pasukan Chelsea.Susah nak percaya Barcelona sekuat kuat team boleh jadi ayam kepada Chelsea.Kalau saya jadi Perdana Menteri,esok akan saya arahkan semua orang menyarung baju Chelsea.

-Inilah saat manis buat fans fans Chelsea tersenyum manis.
-Fernando Torres 50 juta yang berbaloi
-7,8,9 player berlari,mantaplah Chelsea
-Jangan sangka Chelsea berbaju putih itu tandanya kalah
-Golkeeper ayam:V.Valdes.Reason:kena chip dengan Remires,kena ayam dengan Torres
-we will missing Ivanovis,john Terry,Remires.but we are there.i beleived
-wilshere want to play for chelsea
-10 vs 11 trust me,it is not easy

Kesimpulannya,dengan bola sepak pun manusia boleh berpecah.Jadi,biarlah kita musuh diatas padang,diluar kita jangan dok tendang tendang.Ok,baru adil.Semoga bermanfaat.

"Torres hero,Messi zero"

Dia Terpikat

Assalamualaikum,

Sungguh,benteng pertahanan saya kian rapuh.Saban hari saya menerima pelbagai soalan yang dilontarkan.Padahal saya sendiri masih terkial kial bergelar mahasiswa yang dahagakan ilmu agama dan masih lagi belajar.Kadang kadang saya memberi jawapan yang sama kepada mereka mereka yang menyoal.Saya sedar,kawan kawan perlukan pembaharuan pada jawapan.Apa yang mampu saya luahkan,selain mengulang ngulang daripada apa yang dipesankan dalam Al Quran.

Tidak semua yang bertanya dapat saya jawab secara khusus.Ada yang saya baca terus doakan.Ada yang saya baca terus termenung,berfikir dengan perasaan yang simpati dan dada yang empati.Masyaallah,saya sering kalah dalam masalah yang datang menerjah.Namun saya sekali kali tidak akan mengalah.Kiriman mesej muncul."Awak kelihatan sangat soleh.Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini.Saya ingin berubah.Saya ikhlas dahagakan petunjuk".Bulat mata saya membaca kiriman dari wanita itu.

Saya melihat cermin.Membimbing atau ingin mengajak bercinta.Peti sejuk hati saya mempersoal.Jika ikhlas mencari petunjuk,dia sepatutnya mencari ustaz.Bukan berjumpa saya.Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luaslah jawabnya.Tatkala saya memegang darjat nadzrul hadi,keegoan itu mudah merasuk diri.Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak diri sendiri.Mengubah tabiat saya memang satu yang payah.Apatah lagi kehidupan yang terbiasa dengan alpa dan dosa.

Saya abaikan kiriman mesej tersebut.Saya berkongsi pendapat dengan anda semua.Dalam hubungan yang tidak halal,cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah.Sukar mengenali mana cinta mana nafsu kerana diri sendiri tidak pandai memandu.Saya berpesan supaya tidak bertindak bodoh mengucapkan "good bye" kepada dunia andai kehilangan cinta manusia.Patah tumbuh hilang berganti,yang penting Allah setia mencintai.Saya tertanya tanya,kenapa wanita kaya,cantik,bijak,menarik dan solehah tidak mendapat tempat di hati saya.

Saya semakin arif tabiat wanita ini.Secara peribadinya wanita sukakan cabaran.Yang mudah didekati,mudah juga disakiti.Yang sukar didapati,semakin bersungguh ramai yang mencari.Benar.Saya harus tajamkan duri.Agar cinta ini terpelihara untuk seorang isteri yang diredhai Ilahi.Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat ini.Tapi saya mampu membantunya menjadi wanita sejati.Wanita pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kesetiaan.Saya perlu atasi masalah ini.Caranya saya harus menghunus duri.Awas,jangan dekat.Jika mahu sila dapatkan dengan cara terhormat.Bukan dengan cara menghantar sms dengan tujuan ingin mengorat.Bukan juga dengan cara memberi senyuman kambing yang sweet ayu itu supaya saya terpikat.Saya dah penat dan tak larat bermain dengan cinta yang khianat.Wanita suka berjanji dan cepat berubah hati.Itu lumrah.

Biar wanita tahu,lelaki itu untuk di taat bukan di peralat
Semoga bermanfaat,maaf ye muslimat muslimat ^_^

Monday 23 April 2012

Jatuh Cinta

Assalamualaikum,


Saya terfikir,wanita dan lelaki saling tertarik ibarat magnet.Itu biasa.Malah ketertarikan yang sebegini kuat turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah Allah mengatur kehidupan di dunia.Setiap penciptaan ada pasangannya.Setiap yang cantik pasti akan ada yang tertawan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Bercinta itu fitrah.Cinta itu indah.Islam menawarkan solusi yang terbaik iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Hebat Islam.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban demi cinta.Ada yang lari ikut kekasih tinggalkan ibubapa sebatang kara.Ada yang sanggup merentasi sempadan untuk melangsungkan pernikahan tanpa restu keluarga.Ada yang sanggup berkorban harta demi insan yang tersayang semata mata.Itu luar biasa juga.Tapi boleh jadi binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Katanya itu satu pengorbanan.Itu kata kata gila.

Wanita dan lelaki bercinta selepas bernikah,saling melengkapi,yang keruh jernihkan bersama,yang hitam,sama sama putihkannya.Ini jauh luar biasa.Dan ini barulah cinta high class.Tambah pula si teruna dan dara tinggi mujahadahnya.Imannya kuat seperti kerasnya batu bata.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang was was serta syak dalam hati.Nikmatilah indahnya saat menahan cinta sebelum ianya halal,bila sudah menjadi halal,semuanya penuh dengan kenikmatan dan  keterujaan.

Saya cuba memahami,mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan serta sifat semula jadi yang dimiliki.Tapi dengan cinta,semuanya boleh berlaku.Daripada benci menjadi sayang,daripada curang menjadi setia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita.Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.Itu lumrah.Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutup.Wah,memandai betul saya.Wanita dan lelaki bagaikan elektron dan proton.Hah,,masuk ilmu sains pula.Lelaki atau wanita bagaikan baju dan seluar.Amboi,pakaian perginya.Begini,lelaki dan wanita bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan.Ada kurang,sama sama di baiki.Ada lemah,sama sama bantu si isteri,ada anak,sama sama pakat letak nama nadzrul hadi ^_^

Jodoh saya,saya tidak tahu.Diri 'dia' siapa dan dari mana,saya tidak tahu.Saya cuma tahu 'dia' ada di dunia ataupun di syurga.Akan saya simpan perasaan cinta saya yang ajaib ini dalam peti sejuk hati saya.Akan saya luapkan cinta ini untuk si 'dia' selepas akad menghalalkan kita.Ceeeewah.Semoga bermanfaat.

"wanita yang baik itu menawan,tapi bukan mudah untuk saya tertawan"