Tuesday 1 May 2012

Calon Isteri

Assalamualaikum,


Oleh sebab hati saya berbunga hari ini,jadi saya nak tulis berkenaan tajuk ini.Senakal manapun seseorang lelaki atau seseorang wanita itu,pasti mereka mendambakan yang soleh juga solehah untuk pasangan hidup mereka suatu hari nanti.Semua orang nak kahwin.Saya pun nak kahwin.Sudah pasti mahukan yang terbaik untuk pasangan hidup masing masing.Teringat masa kecil kecil,entah mengapa saya sering memikirkan berkahwin dengan seseorang yang manja serta cantik.Bila teringat,pasti saya akan tersenyum kambing.Budak budak kan masa itu.


Entri kali ini saya rasa macam jambu.Kalau boleh saya nak jadikan background blog saya ini warna pink,dihiasi dengan bunga bungaan,disulami dengan kicauan burung menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru'.Memang boleh jadi,cuma malas sikit.Tetapi entri kali ini tiada kena mengena dengan status peribadi saya yang masih bujang senang tapi belum dibuka untuk mana mana pendaftaran yang berkenan.Kalau saya nak senaraikan ciri ciri calon isteri yang saya impikan,mungkin tak habis sampai ke esok.Siapa tak nak calon isteri yang 'perfect'.Jadi saya senaraikan mana yang penting sahaja.


Pertama sekali,kita imbas hadis Nabi berkenaan dengan pemilihan calon isteri.Nabi pesan,"Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara;kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung".Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.Batas batas syariat dipegang serta dipelihara dalam hidupnya.Ini barulah calon isteri yang hebat.Wanita yang mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki.Dia tidak akan melakukan perkara yang bertentang dengan syariat.Memang untunglah saya kalau dapat calon isteri sebegini.Ceewah.


Kedua ialah pandai menjaga kecantikannya.Semua lelaki nak calon isteri yang cantik.Wanita dengan kecantikan memang sukar dipisahkan.Itu lumrah.Mereka akan kelihatan cantik jika penampilan diri dijaga,auratnya ditutup daripada pandangan jejaka,insyaAllah dijamin syurga.Wanita begini mudah didapati,tapi sukar dimiliki.Mereka ibarat duri yang tajam.Awas,jangan mengorat,itu maksiat,jika mahu sila dapatkan secara terhormat.Haa,inilah calon isteri yang patut kita cari.Senang dijumpai,tapi sukar dimiliki,ingat ye nadzrul hadi ^_^


Terakhir sekali berakhlak mulia seperti puteri puteri nabi..Pandai menjaga hati suami,pandai menjaga nadzrul hadi.haha.Pandai mengaji,pandai menjadi seorang suri,pandai mengemas baju dalam almari,pandai memasak mee kari,pandai manja manja dengan suami.Senang cerita semua apa yang diberi,pandai dia selesaikan.Haa macam ini lah calon isteri yang perlu dicari.Tak susah pun nak cari calon isteri sebegini,banyakkan berdoa pada Ilahi.Insyaallah,mudah mudahan Allah perkenankan.

Saya mencintai orang orang soleh solehah,meskipun saya bukan sebahagian dari mereka.Saya sangat benci orang orang yang bermaksiat,meskipun tanpa sedar,saya sebahagian dari mereka.

1 comment:

  1. mung mmg de best ...aok kito plop malu nie... mug nate bebunga jah oii

    ReplyDelete