Tuesday 24 April 2012

Chelsea Panggil Anda

Assalamualaikum,

Tahniah untuk pasukan Chelsea.Walaupun bermain dengan 10 orang pemain,namun sedikit pun tidak mematah semangat untuk terus berjuang sehingga berjaya menewaskan Barcelona.Tahniah!Saya kagum dengan semangat juang yang ditonjolkan oleh skuad Chelsea.Walaupun tanpa captain John Terry,walaupun tanpa Bosingwa,namun jurulatih pasukan Roberto De Matteo bijak merancang strategi.Mastermind kita ini berpegang kepada strategi stand-off + counter.

Yang saya tahu Chelsea saya hebat.Nak penalti,kami bagi penalti,nak buang pemain,kami bagi buang pemain,nak refree berat sebelah,kami bagi refree berat sebelah.Akhirnya total football tewas kepada taktikal football.Terima kasih kepada Remires.Toyol pembakar semangat untuk pasukan Chelsea.Susah nak percaya Barcelona sekuat kuat team boleh jadi ayam kepada Chelsea.Kalau saya jadi Perdana Menteri,esok akan saya arahkan semua orang menyarung baju Chelsea.

-Inilah saat manis buat fans fans Chelsea tersenyum manis.
-Fernando Torres 50 juta yang berbaloi
-7,8,9 player berlari,mantaplah Chelsea
-Jangan sangka Chelsea berbaju putih itu tandanya kalah
-Golkeeper ayam:V.Valdes.Reason:kena chip dengan Remires,kena ayam dengan Torres
-we will missing Ivanovis,john Terry,Remires.but we are there.i beleived
-wilshere want to play for chelsea
-10 vs 11 trust me,it is not easy

Kesimpulannya,dengan bola sepak pun manusia boleh berpecah.Jadi,biarlah kita musuh diatas padang,diluar kita jangan dok tendang tendang.Ok,baru adil.Semoga bermanfaat.

"Torres hero,Messi zero"

Dia Terpikat

Assalamualaikum,

Sungguh,benteng pertahanan saya kian rapuh.Saban hari saya menerima pelbagai soalan yang dilontarkan.Padahal saya sendiri masih terkial kial bergelar mahasiswa yang dahagakan ilmu agama dan masih lagi belajar.Kadang kadang saya memberi jawapan yang sama kepada mereka mereka yang menyoal.Saya sedar,kawan kawan perlukan pembaharuan pada jawapan.Apa yang mampu saya luahkan,selain mengulang ngulang daripada apa yang dipesankan dalam Al Quran.

Tidak semua yang bertanya dapat saya jawab secara khusus.Ada yang saya baca terus doakan.Ada yang saya baca terus termenung,berfikir dengan perasaan yang simpati dan dada yang empati.Masyaallah,saya sering kalah dalam masalah yang datang menerjah.Namun saya sekali kali tidak akan mengalah.Kiriman mesej muncul."Awak kelihatan sangat soleh.Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini.Saya ingin berubah.Saya ikhlas dahagakan petunjuk".Bulat mata saya membaca kiriman dari wanita itu.

Saya melihat cermin.Membimbing atau ingin mengajak bercinta.Peti sejuk hati saya mempersoal.Jika ikhlas mencari petunjuk,dia sepatutnya mencari ustaz.Bukan berjumpa saya.Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luaslah jawabnya.Tatkala saya memegang darjat nadzrul hadi,keegoan itu mudah merasuk diri.Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak diri sendiri.Mengubah tabiat saya memang satu yang payah.Apatah lagi kehidupan yang terbiasa dengan alpa dan dosa.

Saya abaikan kiriman mesej tersebut.Saya berkongsi pendapat dengan anda semua.Dalam hubungan yang tidak halal,cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah.Sukar mengenali mana cinta mana nafsu kerana diri sendiri tidak pandai memandu.Saya berpesan supaya tidak bertindak bodoh mengucapkan "good bye" kepada dunia andai kehilangan cinta manusia.Patah tumbuh hilang berganti,yang penting Allah setia mencintai.Saya tertanya tanya,kenapa wanita kaya,cantik,bijak,menarik dan solehah tidak mendapat tempat di hati saya.

Saya semakin arif tabiat wanita ini.Secara peribadinya wanita sukakan cabaran.Yang mudah didekati,mudah juga disakiti.Yang sukar didapati,semakin bersungguh ramai yang mencari.Benar.Saya harus tajamkan duri.Agar cinta ini terpelihara untuk seorang isteri yang diredhai Ilahi.Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat ini.Tapi saya mampu membantunya menjadi wanita sejati.Wanita pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kesetiaan.Saya perlu atasi masalah ini.Caranya saya harus menghunus duri.Awas,jangan dekat.Jika mahu sila dapatkan dengan cara terhormat.Bukan dengan cara menghantar sms dengan tujuan ingin mengorat.Bukan juga dengan cara memberi senyuman kambing yang sweet ayu itu supaya saya terpikat.Saya dah penat dan tak larat bermain dengan cinta yang khianat.Wanita suka berjanji dan cepat berubah hati.Itu lumrah.

Biar wanita tahu,lelaki itu untuk di taat bukan di peralat
Semoga bermanfaat,maaf ye muslimat muslimat ^_^

Monday 23 April 2012

Jatuh Cinta

Assalamualaikum,


Saya terfikir,wanita dan lelaki saling tertarik ibarat magnet.Itu biasa.Malah ketertarikan yang sebegini kuat turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah Allah mengatur kehidupan di dunia.Setiap penciptaan ada pasangannya.Setiap yang cantik pasti akan ada yang tertawan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Bercinta itu fitrah.Cinta itu indah.Islam menawarkan solusi yang terbaik iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Hebat Islam.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban demi cinta.Ada yang lari ikut kekasih tinggalkan ibubapa sebatang kara.Ada yang sanggup merentasi sempadan untuk melangsungkan pernikahan tanpa restu keluarga.Ada yang sanggup berkorban harta demi insan yang tersayang semata mata.Itu luar biasa juga.Tapi boleh jadi binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Katanya itu satu pengorbanan.Itu kata kata gila.

Wanita dan lelaki bercinta selepas bernikah,saling melengkapi,yang keruh jernihkan bersama,yang hitam,sama sama putihkannya.Ini jauh luar biasa.Dan ini barulah cinta high class.Tambah pula si teruna dan dara tinggi mujahadahnya.Imannya kuat seperti kerasnya batu bata.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang was was serta syak dalam hati.Nikmatilah indahnya saat menahan cinta sebelum ianya halal,bila sudah menjadi halal,semuanya penuh dengan kenikmatan dan  keterujaan.

Saya cuba memahami,mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan serta sifat semula jadi yang dimiliki.Tapi dengan cinta,semuanya boleh berlaku.Daripada benci menjadi sayang,daripada curang menjadi setia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita.Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.Itu lumrah.Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutup.Wah,memandai betul saya.Wanita dan lelaki bagaikan elektron dan proton.Hah,,masuk ilmu sains pula.Lelaki atau wanita bagaikan baju dan seluar.Amboi,pakaian perginya.Begini,lelaki dan wanita bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan.Ada kurang,sama sama di baiki.Ada lemah,sama sama bantu si isteri,ada anak,sama sama pakat letak nama nadzrul hadi ^_^

Jodoh saya,saya tidak tahu.Diri 'dia' siapa dan dari mana,saya tidak tahu.Saya cuma tahu 'dia' ada di dunia ataupun di syurga.Akan saya simpan perasaan cinta saya yang ajaib ini dalam peti sejuk hati saya.Akan saya luapkan cinta ini untuk si 'dia' selepas akad menghalalkan kita.Ceeeewah.Semoga bermanfaat.

"wanita yang baik itu menawan,tapi bukan mudah untuk saya tertawan"






Wednesday 18 April 2012

Saya Bakal Bernikah

Assalamualaikum,

Usai doa sudah dibacakan oleh pak Imam,masih lagi kedengaran suara teresak esak menahan tangisan.Beberapa hadirin masih lagi merah merah mata seperti terkena pedihan cili padi.Masing masing menahan sebak yang tidak dapat ditebak.Semua hadirin datang mengucapkan salam perpisahan.Semua hadirin datang menjenguk sebelum datangnya malam pertama yang mengerikan.

Masing masing datang bersama Al fatihah yang disedekahkan.Manakala ahli keluarga tidak putus putus menerima email takziah yang diberikan.Cantik molek pakaian putih bersama telekung yang dipakaikan.Suasana sayu serta sunyi.Tiada gelak tawa mahupun muka ceria yang menawan.Pernikahan akan datang kepada seseorang yang bergelar insan.Malaikat Izrail akn datang tidak terlalu awal tidak terlalu lewat seperti yang dijanjikan.

Benarlah.Pernikahan itu tidak pernah mengenal usia insan.Pernikahan itu sudah tertulis semenjak kita didalam kandungan.Ajal,jodoh,pernikahan,itu semua sudah ditetapkan sebelum saya,anda,kita semua diberi peluang yang sementara di dunia yang penuh dengan penipuan.Saban hari kita sibuk melakukan rutin harian.Tidak pernah fikir sejenak mengenai kematian.Sebelum pernikahan datang menjemput kita ayuh banyakkan amalan.Saya bakal bernikah dengan kematian.Bersediakah kita sebelum dijemput oleh Izrail yang patuhkan arahan Tuhan?Bersediakah kita menempuhi alam yang baru tanpa bekalan?Ayuh kita updates amalan!
Kullu nafsin zaa iqatul maut

Tokki tunggu adi di Syurga

Assalamualaikum kawan kawan yang berada di depan komputer,

Hampir tiga tahun tokki tiada disisi.Saya selak helaian demi helaian album yang sedikit usang itu.Aduh,banyak sungguh kenangan manis yang tercatat didalamnya.Melihatnya bagaikan meruntun jiwa saya.Saya mula teringat perjalanan derita tokki hingga menghembuskan nafas terakhir.Mata saya terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga tahun lepas.

12 Ogos,keadaan tokki semakin kritikal.Tokki mengadu sakit dibahagian dada.Tokii tidak mampu bergerak dan lebih banyak terbaring serta sering sesak nafas.Mak bawa tokki ke Kuantan Medical Centre,rumah kedua tokki sebelum menghembuskan nafas terakhir.Kata doktor tiada apa yang boleh dibuat lagi.Kami hanya menanti 'waktu'.Dalam hati saya terdetik 'masa' tokki sudah tidak lama lagi.Tokki tak banyak bertanya semasa di wad.Sering kali meminta air mineral.Katanya sangat haus.Tokki sering tanya bagaimana keadaannya.Nenek cuma mampu menjawab "InsyaAllah,akan sihat,".Biarlah jawapan nenek itu kedengaran manis di telinga tokki.Saya tahu dan faham.Masa tokki bersama saya semakin suntuk.

14 Ogos,tokki mengadu lagi sakit di dada.Tokki tak mampu lagi berkata kata apatah lagi untuk bergerak.Mata tokki kuyu dan hanya mampu melihat anak,cucu dan menantu disisinya.Tengah hari ini masih ramai sedara mara melawat tokki.Tokki sekadar terbaring melihat sanak saudara datang melihatnya.Saya pandang sayu wajah tokki yang pucat lesi.Saya duduk sebelah tokki.Saya usap rambut tokki.Saya menangis.Dalam tangisan itu,hati saya berbicara.Jangan tahan tahan tokki.Pergilah menghadap Ilahi.Kami redha segalanya.saya bangga kerana Allah hadirkan tokki dalam hidup kami walaupun seketika.Tokki hanya memandang.Memandang dengan pandangan yang lesu.

"Allah..Allah..Allah.."perkataan yang sering keluar dari mulut tokki tatkala menahan kesakitan di dadanya.

15 Ogos,pagi pagi lagi saya duduk dalam bilik icu.Temankan tokki.Pukul 5 pagi.Saya mula teringat kenangan bersama tokki.Dulu masa tokki sihat sihat,tokki selalu bawa pergi sawah padi.Bila duit padi masuk,cucu cucu tak akan tokki lupa.Tokki akan belanja makan.Dulu tokki selalu bergurau dengan kami.Ingat lagi,tokki panggil saya si puteh,tapi sekarang dah lama tak dengar perkataan "si puteh" itu.Dulu tokki bawa kami kami pergi pantai.Masa kecik kecik dulu,tokki sanggup carikan kayu untuk saya semata mata untuk buatkan lastik burung.Tiap tiap kali balik ke kampung,mak mesti buatkan pulut sekaya untuk tokki.Tapi sekarang,adakah kenangan bersama tokki boleh dicipta lagi?Saya terjaga dari khayalan tatkala azan Subuh berkumandang.Saya lihat wajah tokki yang nyeyak tidur.

Pukul 9.30 pagi,hari ini,waktu ini,kami redhakan tokki pergi.Kami halalkan segala makan minum tokki.Kami merenung mata tokki yang semakin kuyu.Kami kucup pipi tokki berkali kali.Dan perlahan lahan mata tokki tertutup rapat.Tokki pergi dengan tenang.Sayu hati ini Tuhan saja yang tahu.Orang yang selama ini kita sayang pergi buat selama lamanya.Saya lihat oarang disekeliling menangis.Saya tutur menangis.Tokki jangan tinggalkan kamiiiiii...

Saya angkat jenazah tokki masuk ke dalam van untuk di bawa di sebuah masjid berdekatan KMC.Saya mandikan tokki.Dulu tokki selalu mandikan kami dengan air perigi.Kini giliran cucu tokki mandikan jenazah tokki.Hanya airmata yang mampu mengalir ketika itu.Saya kafankan tokki.Saya solatkan untuk tokki.Saya cium buat kali terakhir tokki.Biar pun kini saya sunyi tanpa tokki,namun saya sentiasa tersenyum mengenangkan saat saat indah bersama tokki walaupun hanya 14 tahun.Cukup bermakna.

Tokki dalam cerita ini adalah datuk saya Omar Bin Jusoh.Kasih sayang seorang tokki terhadap insan yang bernama cucu.Kita jumpa di syurga ye tokki.Moga tokki tenang di sana.Al-Fatihah.

Thursday 12 April 2012

Pulau Universiti

Assalamualaikum,


Best ke duduk di universiti?Banyak ke pengalaman yang ada kat dalam itu?Duduk universiti ini sama ke macam duduk kat sekolah?
Kalau dah masuk universiti,baru kamu semua tahu apa yang best dan apa yang tak best.Yang best dapat ramai kawan.Yang tak best duduk universiti ini choki choki payah nak jumpa.Aduh.Budak budak sekolah ini ingat life kat universiti ini best macam tengok tv ke?Masa itulah nak hidup berdikari.Tambah tambah yang tak pernah tinggal kat asrama,pandai pandai lah bawa diri.


Saya kos Islamic Technology.Kenangan saya kat universiti cuma kawan kawan dan kehidupan after class.Jadual taklah pack sangat cuma saya memang suka buat buat ia nampak pack.Duduk universiti takde siapa siapa yang akan suruh kamu semua belajar,semua kena pandai sendiri sendiri.Kalau asyik nak enjoy lama lama keputusan pun turut akan enjoy.Duduk universiti inilah kamu semua akan merasa menjadi seorang manusia sebenar.Bukan kanak kanak yang duduk makan choki choki lagi.


Rasanya duduk di universiti mula mula memang rumit.Jadual kena bina sendiri.Kalau kat sekolah dulu dah tersedia macam sarapan pagi.Duduk di universiti semua jadi lain.Perubahan tranformasilah katakan.Dulu kat sekolah satu subjek cuma 45minit ke 1jam 20 minit je,tapi duduk di universiti kadang kadang 2jam.Tambah tambah kelas ganti 3jam.Dua kali ganda otak diberi input input yang bermacam.Suasana dalam kuliah macam pasar tani sikit kalau pensyarah tak masuk.Summa,kalau nak ke tandas tak payah mintak kebenaran.Bangun dengan senyap kemudian keluar cepat cepat.Takut mengganggu pensyarah tengah mengajar.


Handfone silalah silent.Tak payah nak menunjuk sangat dengan nada dering yang tak best itu.Ingat pesan mak ayah selalu.Walaupun satu sem itu cuma 4 bulan dengan hanya 8 subjek,tapi saya,kamu dan anda semua akan stress sebab ada assignment.Kalau kat sekolah dulu dia panggil 'buku skrap' laa.Pensyarah mengajar tak sama macam guru mengajar di sekolah.Kadang kadang pensyarah masuk 10 minit saja5minit intro,5minit lagi dia bagi input input termasuklah assignment.Lepas itu,dia boleh keluar.Hahaha.Best betul jadi pensyarah ini.Dulu kat sekolah hari hari kena suap dengan ilmu,duduk universiti kalau nak suap suap lagi jangan menangis kalau pointer rendah.Kena usaha lebih.Orang putih cakap Practice make Perfect.Macam takde kena mengena?Lantak.


Lastly,duduk universiti ini memang best kalau pandai cari kawan,pandai cari makan.Sejujurnya saya rindu mesej ini "kelas hari ini batal".Celik celik mata,dapat mesej macam itu.Betapa gembiranya saya.Jangan tiru perangai ini.Please,Don't try this at university.Kepada budak budak lepasan spm yang memohon ipta,banyak banyak kan berdoa.Moga diri terpilih sebagai mahasiswa.Yang dapat street A itu jangan belagak sangat,berjaya sekali tak bermakna berjaya selama lamanya.Ok,bye

"Lepas makan pisang,kulit pisang campak merata rata dalam kelas.Baru hidup ini ada cabaran"

Monday 9 April 2012

Futsal vs Bola Sepak

Assalamualaikum,


Pernah bersukan?Jangan nak menipu kalau antum semua cakap tak pernah bersukan.Nak cerita sikit pasal sukan.Saya memang minat dua sukan dalam Life saya.Futsal dan bola sepak.Semua orang minat futsal.Semua orang minat bola sepak.Tapi tak semua yang minat itu pandai main bola,pandai main futsal.Salah sorangnya macam sayalah.Tak pandai pun main.Sepak sepak bolehlah.


Bolasepak.Sukan yang paling popular kat Malaysia.Paling uniknya pasal bolasepak ini ialah perkataan GOAL.Bila goal ,satu dunia sebut GOAL.Tak kiralah diaorang duduk kat India ke,kat Jelebu ke,kat China ke depa semua akan cakap perkataan yang sama iaitu GOAL.Kenal Manchester United?Antara kelab bolasepak yang paling ramai peminatnya.Saya cerita bukan saya minat,saya minat Chelsea sebab ada Fernando Torres.Ok berbalik pasal bolasepak,sukan ini lagi penat jika antum main 90minit fulltime berbanding futsal yang hanya mengambil masa 40minit fulltime.


Futsal juga adalah sukan yang kedua popular kat Malaysia ini.Cerita pasal futsal ini,senang je.Kalau ada skill,pandai control bola,pandai menyepak dah boleh dah join tournament dalam Metro itu.Kira hebatlah kalau dah pandai sepak.


Mula mula memang saya takut nak main futsal.Asalnya Haizat yang mula mengajak saya.Saya dah la kaki bangku.Tiba tiba pulak dia ajak.Memang masa itu berdegup jantung saya.Berpeluh pun ada.Petang itu,tiba tiba pulak Haizat ajak saya main dengan dia.Dah la baru kenal.Asalnya tak kenal pun.Masa selection untuk pasukan itu,saya dan Haizat menyerlahkan bakat yang terselah ibarat Torres dan Van Persie walaupun mereka berbeza pasukan.Lantak.


Setelah lama training macam 'orang gila' bersama kawan kawan yang saya tak kenal langsung,akhirnya skill saya di polish sedikit demi sedikit.Kadang kadang kejayaan nak menyepak bola itu tak henti henti dari first training saya datang.Dan impian saya kali ini tidak terkubur pun apabila saya dan Haizat terpilih sebagai line-up team dan managed.Kadang kadang menjadi ayam tambatan untuk pasukan.Ceewah.Kami akhirnya bersatu.Daripada tak kenal,kepada saling mengenali ke hal peribadi.Macam satu team,chemistry antara kami pun mula menunjukkan taring dan garangnya.Sangat bertuah kerana dapat memiliki kawan seperti mereka di sini.Kehidupan saya sekarang bukan sahaja untuk study,makan,solat dan makan coki coki.Tapi sekarang,saya mempunyai tanggungjawab terhadap mengimprovekan lagi diri ini untuk pasukan kami!



                                                     Mula mula dulu.
Kini kami bersatu.

"Demam memang best.Tapi lagi best kalau masak Maggi atas dahi yang menggelegak ni.."





Video Impian

Assalamualaikum,


Menengok friend friend dan orang lain membuat video adakalanya saya teringin juga buat satu video.Dapat dalam 8 minit yang perfect jadilah.Saya memang gila sikit dalam memilih pelakon yang baik.Kalau boleh saya nak video saya itu bila orang tengok saje,mereka akan capai apa apa yang berdekatan untuk mengemoop air mata mereka yang melimpah.Begitulah impian saya jikalau menjadi seorang pembuat video.


Itu hari saya ada satu idea video.Tapi biasalah,saya jarang nk cerita cerita kat member member ni takut sekelip mata sahaja masuk Berita Harian.Oleh itu saya cerita sorang dua sahaja.Pertamanya,saya segan sikit dengan member member yang POWER dalam membuat video ini.Ialah siapa saya nk bandingkan dengan mereka.Ibarat Ultraman dengan Power Rangers.Jauh hebatnya diaorang dari saya.Memang saya segan.Nanti apa pula kata diaorang bila tengok saya biasa main futsal alih alih mahu main video pula.


Suatu hari nanti saya nak buat jugak.Saya dah offer kat jiran sebelah.Mereka semua say 'yes' ada sorang dua cakap 'ok on'.Tak ramai member member saya boleh berlakon dengan baik.Saya akui sendiri.Tapi saya janji dengan diaorang semua,saya nk gandingkan mereka dengan Zizan.Manalah tahu ia boleh menaikkan semangat diaorang.Harap harap menjadilah semuanya nanti.Pasal video ini,saya nak semua yang terlibat adalah lelaki.Maaf,bukan untuk perempuan.Dalam video ini saya nak seorang lelaki jahat akhirnya menjadi lelaki yang soleh.Cerita about SOLEH.Semua people nak jadi SOLEH.Sebab apa?sebab bidadari Syurga menanti.


Bidadari Syurga mata bak jeli laksana permata.Kulit putih seakan akan telur burung unta.Usianya sentiasa remaja tidak pula tua.Bidadari ini suci bak sutera.Mereka akan membuai ucapan cinta yang tidak pernah saya,anda dan semua mendengarnya di mana mana.Dan Bidadari itu sentiasa menundukkan pandangannya hanya untuk kamu wahai Lelaki Soleh idaman kaum Hawa.


Harap harap menjadi video saya itu.Tapi selalunya memang terkubur sahaja impian saya.Tapi paling penting saya akan pastikan impian saya nk bawa mak dan ayah ke Tanah Mulia akan termakbul.Amiin.

"Berjaya sekali bukan bermaksud berjaya selama lamanya"

Thursday 5 April 2012

Jarak Menjaga Saya

Assalamualaikum


Semua insan di dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu.Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa saya sebagai manusia.Perasaan yang kadangkala hadirnya bukan saya duga bukan saya paksa.Memang sudah menjadi fitrah saya dan semua manusia untuk merasai perasaan itu.Cuma mungkin perasaan itu hadirnya berbeza bagi setiap individu.Saya tertanya tanya.Adakah ini cinta?Dalam diam perasaan itu hadir dalam hati saya.


Seperti insan lain,saya juga merasai perasaan itu.Perasaan yang bukan baru berbunga semalam,tetapi sudah 3 tahun saya simpan elok2 dalam peti sejuk hati saya.Saya sering tertanya tanya,salahkah saya mempunyai perasaan yang bukan saya reka cipta seperti robot Tranformers,perasaan yang hadirnya bukan saya paksa,perasaan yang sikit pun tidak berubah walaupun ujian menimpa,walaupun hujan turun menjelma.Dalam saya berenang melalui perasaan itu saya khuatir.Saya khuatir andainya rasa cinta itu melebihi rasa cinta kepadaNya,rindu yang saya pendam selama ini,saya khuatiri melebihi rindu untukNya.


Cukuplah saya pendam perasaan ini dalam hati saya.Body saya dan dia beribu kilometer terpisah.Hati saya dan dia juga beribu batu menjauh.Kini wajahnya mungkin telah menjadi samar2 dalam ingatan saya.Rindu saya yang tak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.Pernah satu ketika empangan air mata saya yang selama ini saya jaga melimpah.Saya tersenyum.Teringat kata2 nenek saya.Tak manis kalau muka kacak tapi menangis.Saya berhenti menangis.Tisu Premier di atas meja saya capai.Saya lap air mata saya.



Saya sedar,saya insan yang rapuh seperti kerepek pisang yang dimamah dengan gigi yang teguh.Kadangkala hati saya goyang seperti buaian melihat keadaan sekeliling yang semakin menelan.Iman saya akan goyah saat terpandang wajahnya yang indah.Hati bertambah rindu saat terbayang senyumannya yang sweet ayu.Saya pendam perasaan ini dalam2.Tiada siapa boleh melihat,tiada siapa boleh merasai.Saya yakin semua ini diari yang sudah tertulis olehNya buat saya.Saya tarik nafas 'in-in'.Ok,saya terima semua ini.Moga semua ini pengajaran buat saya.Bercinta itu fitrah,berkasih itu indah andai sudah bernikah,sama2 bawa dia menjadi seorang yang solehah,Kita jumpa di Jannah.

"Kerja sebagai penanam ubi kayu di belakang rumah memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi."

   Ok,saya nak balik dah ni.Kita jumpa esok!




Cinta Zaman Muda

Assalamualaikum

       Ramai orang keliru,bila tengok saya berpakaian smart macam pegawai kerajaan dan ramai orang hairan juga bila tengok saya pakai selekeh macam "orang gila".Ramai orang2 yang keliru tadi akan tanya kamu kerja apa?kamu suka apa?rendah diri saya bisik kat orang2 itu,"saya seorang budak sekolah".Kerja saya bersukan.Dari dulu sampai sekarang saya bersukan,saya bersukan macam2 sukan.Saya suka.Kalau sehari saya tidak bersukan,saya rasa macam hidup ini tak sempurna,tangan menggeletar,saya rasa macam nak terbalikkan tong sampah kasi terabur.

       Disebabkan duit belanja sekolah saya pagi tadi ada 50 sen,saya berenang dengan kaki dari rumah ke kedai wak Leman.Adalah lebih kurang 200 meter 'distance'nya.Jadi tak perlulah saya berbasikal.Lagi pun baru darjah 3,tak manis orang cakap,kalau Fixie wujud masa itu,memang dah lama saya tunggang.Sepanjang saya check-in dalam kedai wak Leman itu,fikiran saya runsing.Puas saya fikir benda apa nak beli kat kedai wak Leman ini.Sekejap2 bayangan Apollo,sekejap cekedis Bika,sesekali menjelma gula2 kapas.Cekedis Mamee pun banyak kali juga terbayang.Tekak saya makin tak stabil.Saya genggam erat duit syiling 50 sen di tangan,saya ambil keputusan lalu terus mencapai gula2 sugus.Saya berjalan kaki pulang ke rumah dengan tekak rasa macam nak makan Cekedis.

        Tepat pukul 5 petang,disebabkan hari sudah petang,maka inilah masanya saya nak menyihatkan badan.Tanpa berlengah lagi saya 'dress up' t-shirt sama seluar 'track shoot' dan berlari ke halaman rumah.Saya tengok dihadapan rumah jiran saya dah bersepah budak2 sama saiz macam saya.Entah main apa.Gaya2 nya kelihatan macam seronok .Tanpa membuang masa saya terus berjalan ke tapak permainan.Rupa2 budak sama saiz macam saya ini main lumba lari.Saya sertai.Entah bagaimana lawan saya seorang budak perempuan,Comel orang nya.Tapi payah sikit nak mengorat sebab dengar cerita budak perempuan itu sekolah kat tempat lain.Nak jumpa perempuan yang boleh buat saya terpikat memang susah.Hati saya berlagak,muka saya riya'.Sudah pasti saya menang lumba lari petang ini.

"Oyomosss..Gessett..Go..!
     
        Serta merta saya lari selaju pantasnya.Sampai terpejam pejam mata saya berlari.Laju sangat agaknya.Angin menghalang penglihatan saya.Garisan penamat makin hampir,dan akhirnya Nazmizan Mohamad junior berjaya memenangi acara tersebut.Senja pun hampir dekat,saya pun balik takut lewat,nanti nak solat.

"Lepas makan pisang,kulit pisang campak merata rata dalam dewan makan.Barulah hidup ini ada cabaran."

Wednesday 4 April 2012

Siapa Saya



Assalamualaikum,


Nama saya Muhammad Nadzrul Hadi Bin Mohd Noor.Lahir di Hospital Segamat,Johor dan dibesarkan di Negeri Sembilan hampir 14 tahun sebelum berhijrah mengikut keluarga ke Melaka.Tetapi ramai yang menyangka saya anak jati Negeri Sembilan sedangkan saya sudah hampir 3 tahun menjejak kaki di Negeri Melaka dan hingga ke hari ini saya sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa.

Hobi saya bermain bola sepak dan futsal bersama sama rakan rakan saya.Saya mula bermain bola sepak ketika berusia 10 tahun.Alhamdulilah,walaupun saya tidak sehebat Lionel Messi dan tidak sepantas Cristiano Ronaldo,saya dapat mewakili sekolah saya di peringkat negeri.Saya juga pernah menyimpan hasrat untuk bermain dalam skuad Chelsea namun entah mengapa sehingga kini saya masih menanti pelawaan dari kelab itu tetapi tetap tidak muncul juga.Saya juga pernah mencuba ujian kelayakan untuk mewakili skuad Negeri Sembilan,namun apakan daya mereka menolak saya dengan alasan saya tiada pengalaman yang cukup dalam arena bola sepak.Akhirnya semua impian saya berkubur begitu sahaja dan kini saya sedang dalam usaha menamatkan pembelajaran saya di sebuah ipta dalam jurusan Islamic Technology.Saya selalu berdoa agar suatu hari nanti cita cita saya nak bawa mak dan ayah ke Tanah Mulia akan termakbul.Amiin.

"ini bukan cobaan,ini betul betul..."