Thursday 12 April 2012

Pulau Universiti

Assalamualaikum,


Best ke duduk di universiti?Banyak ke pengalaman yang ada kat dalam itu?Duduk universiti ini sama ke macam duduk kat sekolah?
Kalau dah masuk universiti,baru kamu semua tahu apa yang best dan apa yang tak best.Yang best dapat ramai kawan.Yang tak best duduk universiti ini choki choki payah nak jumpa.Aduh.Budak budak sekolah ini ingat life kat universiti ini best macam tengok tv ke?Masa itulah nak hidup berdikari.Tambah tambah yang tak pernah tinggal kat asrama,pandai pandai lah bawa diri.


Saya kos Islamic Technology.Kenangan saya kat universiti cuma kawan kawan dan kehidupan after class.Jadual taklah pack sangat cuma saya memang suka buat buat ia nampak pack.Duduk universiti takde siapa siapa yang akan suruh kamu semua belajar,semua kena pandai sendiri sendiri.Kalau asyik nak enjoy lama lama keputusan pun turut akan enjoy.Duduk universiti inilah kamu semua akan merasa menjadi seorang manusia sebenar.Bukan kanak kanak yang duduk makan choki choki lagi.


Rasanya duduk di universiti mula mula memang rumit.Jadual kena bina sendiri.Kalau kat sekolah dulu dah tersedia macam sarapan pagi.Duduk di universiti semua jadi lain.Perubahan tranformasilah katakan.Dulu kat sekolah satu subjek cuma 45minit ke 1jam 20 minit je,tapi duduk di universiti kadang kadang 2jam.Tambah tambah kelas ganti 3jam.Dua kali ganda otak diberi input input yang bermacam.Suasana dalam kuliah macam pasar tani sikit kalau pensyarah tak masuk.Summa,kalau nak ke tandas tak payah mintak kebenaran.Bangun dengan senyap kemudian keluar cepat cepat.Takut mengganggu pensyarah tengah mengajar.


Handfone silalah silent.Tak payah nak menunjuk sangat dengan nada dering yang tak best itu.Ingat pesan mak ayah selalu.Walaupun satu sem itu cuma 4 bulan dengan hanya 8 subjek,tapi saya,kamu dan anda semua akan stress sebab ada assignment.Kalau kat sekolah dulu dia panggil 'buku skrap' laa.Pensyarah mengajar tak sama macam guru mengajar di sekolah.Kadang kadang pensyarah masuk 10 minit saja5minit intro,5minit lagi dia bagi input input termasuklah assignment.Lepas itu,dia boleh keluar.Hahaha.Best betul jadi pensyarah ini.Dulu kat sekolah hari hari kena suap dengan ilmu,duduk universiti kalau nak suap suap lagi jangan menangis kalau pointer rendah.Kena usaha lebih.Orang putih cakap Practice make Perfect.Macam takde kena mengena?Lantak.


Lastly,duduk universiti ini memang best kalau pandai cari kawan,pandai cari makan.Sejujurnya saya rindu mesej ini "kelas hari ini batal".Celik celik mata,dapat mesej macam itu.Betapa gembiranya saya.Jangan tiru perangai ini.Please,Don't try this at university.Kepada budak budak lepasan spm yang memohon ipta,banyak banyak kan berdoa.Moga diri terpilih sebagai mahasiswa.Yang dapat street A itu jangan belagak sangat,berjaya sekali tak bermakna berjaya selama lamanya.Ok,bye

"Lepas makan pisang,kulit pisang campak merata rata dalam kelas.Baru hidup ini ada cabaran"

No comments:

Post a Comment