Monday 9 April 2012

Futsal vs Bola Sepak

Assalamualaikum,


Pernah bersukan?Jangan nak menipu kalau antum semua cakap tak pernah bersukan.Nak cerita sikit pasal sukan.Saya memang minat dua sukan dalam Life saya.Futsal dan bola sepak.Semua orang minat futsal.Semua orang minat bola sepak.Tapi tak semua yang minat itu pandai main bola,pandai main futsal.Salah sorangnya macam sayalah.Tak pandai pun main.Sepak sepak bolehlah.


Bolasepak.Sukan yang paling popular kat Malaysia.Paling uniknya pasal bolasepak ini ialah perkataan GOAL.Bila goal ,satu dunia sebut GOAL.Tak kiralah diaorang duduk kat India ke,kat Jelebu ke,kat China ke depa semua akan cakap perkataan yang sama iaitu GOAL.Kenal Manchester United?Antara kelab bolasepak yang paling ramai peminatnya.Saya cerita bukan saya minat,saya minat Chelsea sebab ada Fernando Torres.Ok berbalik pasal bolasepak,sukan ini lagi penat jika antum main 90minit fulltime berbanding futsal yang hanya mengambil masa 40minit fulltime.


Futsal juga adalah sukan yang kedua popular kat Malaysia ini.Cerita pasal futsal ini,senang je.Kalau ada skill,pandai control bola,pandai menyepak dah boleh dah join tournament dalam Metro itu.Kira hebatlah kalau dah pandai sepak.


Mula mula memang saya takut nak main futsal.Asalnya Haizat yang mula mengajak saya.Saya dah la kaki bangku.Tiba tiba pulak dia ajak.Memang masa itu berdegup jantung saya.Berpeluh pun ada.Petang itu,tiba tiba pulak Haizat ajak saya main dengan dia.Dah la baru kenal.Asalnya tak kenal pun.Masa selection untuk pasukan itu,saya dan Haizat menyerlahkan bakat yang terselah ibarat Torres dan Van Persie walaupun mereka berbeza pasukan.Lantak.


Setelah lama training macam 'orang gila' bersama kawan kawan yang saya tak kenal langsung,akhirnya skill saya di polish sedikit demi sedikit.Kadang kadang kejayaan nak menyepak bola itu tak henti henti dari first training saya datang.Dan impian saya kali ini tidak terkubur pun apabila saya dan Haizat terpilih sebagai line-up team dan managed.Kadang kadang menjadi ayam tambatan untuk pasukan.Ceewah.Kami akhirnya bersatu.Daripada tak kenal,kepada saling mengenali ke hal peribadi.Macam satu team,chemistry antara kami pun mula menunjukkan taring dan garangnya.Sangat bertuah kerana dapat memiliki kawan seperti mereka di sini.Kehidupan saya sekarang bukan sahaja untuk study,makan,solat dan makan coki coki.Tapi sekarang,saya mempunyai tanggungjawab terhadap mengimprovekan lagi diri ini untuk pasukan kami!



                                                     Mula mula dulu.
Kini kami bersatu.

"Demam memang best.Tapi lagi best kalau masak Maggi atas dahi yang menggelegak ni.."





No comments:

Post a Comment