Monday 9 April 2012

Video Impian

Assalamualaikum,


Menengok friend friend dan orang lain membuat video adakalanya saya teringin juga buat satu video.Dapat dalam 8 minit yang perfect jadilah.Saya memang gila sikit dalam memilih pelakon yang baik.Kalau boleh saya nak video saya itu bila orang tengok saje,mereka akan capai apa apa yang berdekatan untuk mengemoop air mata mereka yang melimpah.Begitulah impian saya jikalau menjadi seorang pembuat video.


Itu hari saya ada satu idea video.Tapi biasalah,saya jarang nk cerita cerita kat member member ni takut sekelip mata sahaja masuk Berita Harian.Oleh itu saya cerita sorang dua sahaja.Pertamanya,saya segan sikit dengan member member yang POWER dalam membuat video ini.Ialah siapa saya nk bandingkan dengan mereka.Ibarat Ultraman dengan Power Rangers.Jauh hebatnya diaorang dari saya.Memang saya segan.Nanti apa pula kata diaorang bila tengok saya biasa main futsal alih alih mahu main video pula.


Suatu hari nanti saya nak buat jugak.Saya dah offer kat jiran sebelah.Mereka semua say 'yes' ada sorang dua cakap 'ok on'.Tak ramai member member saya boleh berlakon dengan baik.Saya akui sendiri.Tapi saya janji dengan diaorang semua,saya nk gandingkan mereka dengan Zizan.Manalah tahu ia boleh menaikkan semangat diaorang.Harap harap menjadilah semuanya nanti.Pasal video ini,saya nak semua yang terlibat adalah lelaki.Maaf,bukan untuk perempuan.Dalam video ini saya nak seorang lelaki jahat akhirnya menjadi lelaki yang soleh.Cerita about SOLEH.Semua people nak jadi SOLEH.Sebab apa?sebab bidadari Syurga menanti.


Bidadari Syurga mata bak jeli laksana permata.Kulit putih seakan akan telur burung unta.Usianya sentiasa remaja tidak pula tua.Bidadari ini suci bak sutera.Mereka akan membuai ucapan cinta yang tidak pernah saya,anda dan semua mendengarnya di mana mana.Dan Bidadari itu sentiasa menundukkan pandangannya hanya untuk kamu wahai Lelaki Soleh idaman kaum Hawa.


Harap harap menjadi video saya itu.Tapi selalunya memang terkubur sahaja impian saya.Tapi paling penting saya akan pastikan impian saya nk bawa mak dan ayah ke Tanah Mulia akan termakbul.Amiin.

"Berjaya sekali bukan bermaksud berjaya selama lamanya"

No comments:

Post a Comment