Wednesday 18 April 2012

Tokki tunggu adi di Syurga

Assalamualaikum kawan kawan yang berada di depan komputer,

Hampir tiga tahun tokki tiada disisi.Saya selak helaian demi helaian album yang sedikit usang itu.Aduh,banyak sungguh kenangan manis yang tercatat didalamnya.Melihatnya bagaikan meruntun jiwa saya.Saya mula teringat perjalanan derita tokki hingga menghembuskan nafas terakhir.Mata saya terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga tahun lepas.

12 Ogos,keadaan tokki semakin kritikal.Tokki mengadu sakit dibahagian dada.Tokii tidak mampu bergerak dan lebih banyak terbaring serta sering sesak nafas.Mak bawa tokki ke Kuantan Medical Centre,rumah kedua tokki sebelum menghembuskan nafas terakhir.Kata doktor tiada apa yang boleh dibuat lagi.Kami hanya menanti 'waktu'.Dalam hati saya terdetik 'masa' tokki sudah tidak lama lagi.Tokki tak banyak bertanya semasa di wad.Sering kali meminta air mineral.Katanya sangat haus.Tokki sering tanya bagaimana keadaannya.Nenek cuma mampu menjawab "InsyaAllah,akan sihat,".Biarlah jawapan nenek itu kedengaran manis di telinga tokki.Saya tahu dan faham.Masa tokki bersama saya semakin suntuk.

14 Ogos,tokki mengadu lagi sakit di dada.Tokki tak mampu lagi berkata kata apatah lagi untuk bergerak.Mata tokki kuyu dan hanya mampu melihat anak,cucu dan menantu disisinya.Tengah hari ini masih ramai sedara mara melawat tokki.Tokki sekadar terbaring melihat sanak saudara datang melihatnya.Saya pandang sayu wajah tokki yang pucat lesi.Saya duduk sebelah tokki.Saya usap rambut tokki.Saya menangis.Dalam tangisan itu,hati saya berbicara.Jangan tahan tahan tokki.Pergilah menghadap Ilahi.Kami redha segalanya.saya bangga kerana Allah hadirkan tokki dalam hidup kami walaupun seketika.Tokki hanya memandang.Memandang dengan pandangan yang lesu.

"Allah..Allah..Allah.."perkataan yang sering keluar dari mulut tokki tatkala menahan kesakitan di dadanya.

15 Ogos,pagi pagi lagi saya duduk dalam bilik icu.Temankan tokki.Pukul 5 pagi.Saya mula teringat kenangan bersama tokki.Dulu masa tokki sihat sihat,tokki selalu bawa pergi sawah padi.Bila duit padi masuk,cucu cucu tak akan tokki lupa.Tokki akan belanja makan.Dulu tokki selalu bergurau dengan kami.Ingat lagi,tokki panggil saya si puteh,tapi sekarang dah lama tak dengar perkataan "si puteh" itu.Dulu tokki bawa kami kami pergi pantai.Masa kecik kecik dulu,tokki sanggup carikan kayu untuk saya semata mata untuk buatkan lastik burung.Tiap tiap kali balik ke kampung,mak mesti buatkan pulut sekaya untuk tokki.Tapi sekarang,adakah kenangan bersama tokki boleh dicipta lagi?Saya terjaga dari khayalan tatkala azan Subuh berkumandang.Saya lihat wajah tokki yang nyeyak tidur.

Pukul 9.30 pagi,hari ini,waktu ini,kami redhakan tokki pergi.Kami halalkan segala makan minum tokki.Kami merenung mata tokki yang semakin kuyu.Kami kucup pipi tokki berkali kali.Dan perlahan lahan mata tokki tertutup rapat.Tokki pergi dengan tenang.Sayu hati ini Tuhan saja yang tahu.Orang yang selama ini kita sayang pergi buat selama lamanya.Saya lihat oarang disekeliling menangis.Saya tutur menangis.Tokki jangan tinggalkan kamiiiiii...

Saya angkat jenazah tokki masuk ke dalam van untuk di bawa di sebuah masjid berdekatan KMC.Saya mandikan tokki.Dulu tokki selalu mandikan kami dengan air perigi.Kini giliran cucu tokki mandikan jenazah tokki.Hanya airmata yang mampu mengalir ketika itu.Saya kafankan tokki.Saya solatkan untuk tokki.Saya cium buat kali terakhir tokki.Biar pun kini saya sunyi tanpa tokki,namun saya sentiasa tersenyum mengenangkan saat saat indah bersama tokki walaupun hanya 14 tahun.Cukup bermakna.

Tokki dalam cerita ini adalah datuk saya Omar Bin Jusoh.Kasih sayang seorang tokki terhadap insan yang bernama cucu.Kita jumpa di syurga ye tokki.Moga tokki tenang di sana.Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment