Wednesday 4 April 2012

Siapa Saya



Assalamualaikum,


Nama saya Muhammad Nadzrul Hadi Bin Mohd Noor.Lahir di Hospital Segamat,Johor dan dibesarkan di Negeri Sembilan hampir 14 tahun sebelum berhijrah mengikut keluarga ke Melaka.Tetapi ramai yang menyangka saya anak jati Negeri Sembilan sedangkan saya sudah hampir 3 tahun menjejak kaki di Negeri Melaka dan hingga ke hari ini saya sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa.

Hobi saya bermain bola sepak dan futsal bersama sama rakan rakan saya.Saya mula bermain bola sepak ketika berusia 10 tahun.Alhamdulilah,walaupun saya tidak sehebat Lionel Messi dan tidak sepantas Cristiano Ronaldo,saya dapat mewakili sekolah saya di peringkat negeri.Saya juga pernah menyimpan hasrat untuk bermain dalam skuad Chelsea namun entah mengapa sehingga kini saya masih menanti pelawaan dari kelab itu tetapi tetap tidak muncul juga.Saya juga pernah mencuba ujian kelayakan untuk mewakili skuad Negeri Sembilan,namun apakan daya mereka menolak saya dengan alasan saya tiada pengalaman yang cukup dalam arena bola sepak.Akhirnya semua impian saya berkubur begitu sahaja dan kini saya sedang dalam usaha menamatkan pembelajaran saya di sebuah ipta dalam jurusan Islamic Technology.Saya selalu berdoa agar suatu hari nanti cita cita saya nak bawa mak dan ayah ke Tanah Mulia akan termakbul.Amiin.

"ini bukan cobaan,ini betul betul..."

1 comment:

  1. ** baru tahu awok ade belog.btw,bagus semua perkongsian awok tu.keep it up akhi!! **

    ~ kak mira azam ~

    ReplyDelete