Monday 23 April 2012

Jatuh Cinta

Assalamualaikum,


Saya terfikir,wanita dan lelaki saling tertarik ibarat magnet.Itu biasa.Malah ketertarikan yang sebegini kuat turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah Allah mengatur kehidupan di dunia.Setiap penciptaan ada pasangannya.Setiap yang cantik pasti akan ada yang tertawan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Bercinta itu fitrah.Cinta itu indah.Islam menawarkan solusi yang terbaik iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Hebat Islam.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban demi cinta.Ada yang lari ikut kekasih tinggalkan ibubapa sebatang kara.Ada yang sanggup merentasi sempadan untuk melangsungkan pernikahan tanpa restu keluarga.Ada yang sanggup berkorban harta demi insan yang tersayang semata mata.Itu luar biasa juga.Tapi boleh jadi binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Katanya itu satu pengorbanan.Itu kata kata gila.

Wanita dan lelaki bercinta selepas bernikah,saling melengkapi,yang keruh jernihkan bersama,yang hitam,sama sama putihkannya.Ini jauh luar biasa.Dan ini barulah cinta high class.Tambah pula si teruna dan dara tinggi mujahadahnya.Imannya kuat seperti kerasnya batu bata.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang was was serta syak dalam hati.Nikmatilah indahnya saat menahan cinta sebelum ianya halal,bila sudah menjadi halal,semuanya penuh dengan kenikmatan dan  keterujaan.

Saya cuba memahami,mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan serta sifat semula jadi yang dimiliki.Tapi dengan cinta,semuanya boleh berlaku.Daripada benci menjadi sayang,daripada curang menjadi setia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita.Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.Itu lumrah.Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutup.Wah,memandai betul saya.Wanita dan lelaki bagaikan elektron dan proton.Hah,,masuk ilmu sains pula.Lelaki atau wanita bagaikan baju dan seluar.Amboi,pakaian perginya.Begini,lelaki dan wanita bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan.Ada kurang,sama sama di baiki.Ada lemah,sama sama bantu si isteri,ada anak,sama sama pakat letak nama nadzrul hadi ^_^

Jodoh saya,saya tidak tahu.Diri 'dia' siapa dan dari mana,saya tidak tahu.Saya cuma tahu 'dia' ada di dunia ataupun di syurga.Akan saya simpan perasaan cinta saya yang ajaib ini dalam peti sejuk hati saya.Akan saya luapkan cinta ini untuk si 'dia' selepas akad menghalalkan kita.Ceeeewah.Semoga bermanfaat.

"wanita yang baik itu menawan,tapi bukan mudah untuk saya tertawan"






1 comment: